Saturday, 1 October 2011

Kekasih Yang Layak Untuk Dicintai..

♥♥ Kekasih kita No.1 : Cinta yang selayaknya umat manusia serahkan adalah kepada Sang Pencipta manusia (Allah), kerana cintakan Allah adalah kekal abadi. Cinta manusia atau sesama makhluk akan kecewa pada suatu hari nanti. Sesiapa yang mencintai Allah tidak akan rugi dan tidak akan kecewa kerana manusia itu akan rasa kelazatan imannya di dunia dan di akhirat sepertimana yang berlaku kepada ahli sufi (hidupnya untuk Allah di dunia dan di akhirat). Malang bagi sesiapa yang cintakan manusia lebih dari mencintai Allah akan kecewa dan akan mengundang mala petaka kepadanya seperti berlaku penceraian antara suami dan isteri, berlaku pergaduhan, orang yang dicintai meninggal, orang yang dicintai mempunyai kekasih lain dan sebagainya. Ingatlah cinta yang selayaknya adalah Allah merupakan cinta yang pertama yang perlu diberikan oleh semua umat manusia. 

♥♥ Kekasih kita No.2 : Cinta yang kedua adalah cintakan Rasul, bagi sesiapa yang cintakan rasul akan memperolehi syafaat darinya di hari kemudian nanti, lambang orang yang mencintai rasul adalah seperti sentiasa berselawat kepadanya, maka Allah akan menambahkan pahalanya sebanyak 10 pahala bagi orang yang berselawat. 

♥♥ Kekasih kita No.3 : Cinta yang ketiga adalah kepada para alim ulamak, kerana mereka adalah penerus perjuangan Rasulullah dan menggadaikan jiwa, raga, penat lelah, harta dan sebagainya kerana untuk menyebarkan syiar Islam. 

♥♥ Kekasih kita No.4 : Cinta yang keempat ialah cintakan ibu bapa, kerana tanpa mereka kemanalah kita semua, mereka juga banyak berkorban untuk anak yang tercinta demi memastikan anak mereka memperolehi kejayaan di hari kelak nanti.

♥♥ Kekasih kita No.5 : Cinta yang kelima adalah cintakan isteri dan anak-anak, kerana isteri atau suami dan anak-anak yang soleh dan solehah adalah penghibur dan menceriakan suasana kehidupan seseorang.

No comments:

Post a Comment